5 August 2011

Unit Trust Seperti Menabung? Macam mana?

 Salam bakal pelabur dan pelabur,


Entri kali ini, untuk menerangkan bagaimana yang dikatakan pelaburan Unit Trust seperti menabung tetapi ia lebih menguntungkan?

Semua org ada cash kan, tapi di mana anda simpan dan utk apa savings tersebut? Long term atau short term? If long term, siapa yg berdisiplin menabung dan tak usik savings tersebut sila angkat tgn…hehe. 

Berapa pulangan atau dividen tahunan savings anda tersebut? Siapa yg buat simpanan utk education anak2, holiday, pergi haji, beli/renovate rumah, kawin, medical expenses, retirement, beli keta dan sebagainya? Berapa tahun anda perlukan untuk mengumpul duit tersebut? Atau anda lebih suka short-cut which is buat loan? :P. Jangannnn….instead of bekerja keras utk bayar hutang, mari kita menyimpan duit utk tidak bayar hutang kan? (^_^). Hati pun tenang…..


Jumlah minimum permulaan utk buat investment cash dalam unit trust adalah RM1,000. Sy percaya even budak kecik zaman skrg pun dah ada simpanan byk ni, dh boleh kumpul time raya kan? Hehe. Apa lagi org dewasa yg dh bekerja :D. 

Jumlah minimum utk menambahkan pelaburan secara bulanan pula atau mengikut suka hati (every 3 mths ker, time market rendah jer ker) adalah RM100 sahaja! Potongan bulanan boleh dibuat secara automatic melalui bank simpanan Maybank atau Public Bank terus ke Public Mutual. Minimum RM100 ni pun sy percaya kita boleh simpan setiap bulan, sehari kena kumpul dlm RM3.30 jer kan? 

Duit RM100 ni kalau ada dlm tgn and kita kat shopping complex, dalam masa sejam jer dh boleh habis, betol tak? (^_~). Sy sendiri dulu boleh habis duit byk ni bila masuk Watsons ajer :P. Btw, sekiranya membuat pelaburan bulanan ni dan anda tidak mempunyai duit pada bulan tersebut, Public Mutual tidak akan potong 2x pada bulan berikutnya. Potongan hanya dibuat sekiranya ada duit di dalam bank tersebut dan sekiranya tiada tidak menjejaskan pelaburan sedia ada. Tidak seperti insurans.

Kenapa bagus menabung cash dalam unit trust? Selain kerana pelaburan yang Islamik, sila rujuk kepada sy personally dan sy boleh tunjukkan bagaimana jika anda buat long term investment di dalam dana2 tertentu, anda berpotensi mendapat pulangan 8-12% setahun berdasarkan prestasi tahun2 lalu. Atau anda sendiri boleh merujuk Quarterly Fund Review Report di dalam website Public Mutual. 

Apa yang penting adalah anda harus disiplin dan sabar utk exit pelaburan bila-bila masa sahaja sekiranya pelaburan telah mencapai objektif, cthnya apabila average keuntungan at least 12% setahun.  Siapa yang akan alert anda? Of course la consultant! :).

Jadual di bawah menunjukkan berapakah jumlah simpanan anda sepanjang tempoh melabur sekiranya anda menyimpan RM100 setiap bulan dan sekiranya pelaburan anda memberi pulangan 3%, 6%, 8% atau 12% setahun. Yang mana satu pilihan hati? Tepuk dada tanya selera :). Semakin lambat anda menunda untuk menyimpan, anda akan kerugian compounding interest berbanding mereka yg telah bermula hari ini. Mengapa? Saya akan terangkan dalam post akan datang......



Sumber: Zazu

No comments: