5 August 2011

Perbezaan Unit Trust dengan ASB

Rata-rata Bumiputera atau org Melayu kita melabur di dalam Amanah Saham Bumiputera atau ASB. Adakah anda tahu terdapat pelaburan lain yang bukan sahaja Islamik, malah lebih berpotensi memberikan keuntungan? Pelaburan yang saya maksudkan adalah unit trust yang ditawarkan oleh pihak swasta seperti Public Mutual, No.1 Unit Trust Company in Malaysia. Mari kita bincangkan secara sihat dan buat perbandingan. Berikut adalah perbezaan di antara ASB dan unit trust Islamic funds yang dapat saya senaraikan.

ASB: 
 
1) ASB adalah unit amanah diuruskan oleh badan kerajaan, hanya untuk Bumiputera sahaja. 
 
2) Harga seunit untuk jual dan beli telah ditetapkan pada RM1.00 seunit, setiap masa. Bermaksud, kalau invest RM10,000, PNB tetap menjamin dapat semula RM10,000. Jaminan pelaburan modal tidak akan lupus adalah tidak sah menurut seluruh ulama empat mazhab. Islam menghalalkan jaminan modal daripada pihak ketiga, bukan pihak pengurus dana. (sumber: Ustaz Zaharuddin
 
3) Sehingga 30 September 2010, ASB masih dikategorikan sebagai tidak mematuhi syariah (non-islamic compliant) oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Sila lihat laporan ini. Untuk islamic compliant fund ada tanda (*). Tetapi ASB dan ASN tiada. 
 
4) Menghadapi risiko pelaburan bercampur-aduk ke tempat yang halal dan haram. Sebahagian daripada pelaburan dilaburkan ke dalam bank-bank konvensional dan British American Tobacco yang jelas tidak mematuhi syariah. (Sumber: Laporan kewangan ASB 2009 dan Ustaz Zaharuddin
 
5) Fatwa telah memutuskan ASB adalah HARUS, tetapi tiada siapa yang berani mengatakan secara terang-terangan ASB adalah HALAL. 
 
6) ASB hanya menawarkan satu bentuk pulangan sahaja iaitu dividen atau income distribution. Berdasarkan prestasi sebelum ini, dividend adalah sekitar 6-8%. Tiada pulangan dalam bentuk capital gain. Maksudnya seperti kalau beli rumah RM100,000, kita tetap jual semula RM100,000. 

7) Oleh kerana objektif ASB hanyalah untuk melindungi modal yang dilaburkan, pelaburan adalah jenis pasif, tidak dikategorikan sebagai aggresive or moderate. 

8) Tiada yuran pengurusan atau yuran tahunan dikenakan.
 
9) Anda boleh mengeluarkan duit bila-bila masa waktu bekerja dan mendapat duit on the spot. 
 
10) Terdapat seorg pelabur bertanyakan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sama ada ASB mematuhi syariah atau tidak, jawapannya adalah seperti di bawah (sumber: Ustaz Zaharuddin
 
 
11) Sekiranya anda ingin mendapatkan full dividen, anda mesti melabur awal tahun dan genap setahun. Jika tidak jumlah dividen yang akan diberikan akan pro-rate. 


Public Mutual Islamic Funds: 
 
1) Unit trust Public Mutual diuruskan oleh badan swasta, terbuka kepada semua. Pelaburan terbahagi kepada dua, berlandaskan syariah (Islamic funds) dan tidak berlandaskan syariah (conventional funds). Pelabur bebas memilih dana/fund yang dikehendaki. 
 
2) Harga seunit untuk jual beli sentiasa berubah-ubah (volatile) dan tiada jaminan capital pelaburan yakni berlandaskan empat mazhab Islam. Harga yang berubah-ubah juga memberi kelebihan di mana pelabur mendapat lebih keuntungan apabila membeli pada harga rendah, menjual pada harga tinggi (capital gain). Apabila membeli pada harga yang rendah pelabur mendapat lebih banyak bilangan unit. 
 
3) Telah dinyatakan dengan terang dan jelas Public Mutual Islamic Funds menepati syariah di dalam prospectus dan laporan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. 
 
4) Mempunyai ahli panel dan lembaga syariah seperi yang dinyatakan di dalam prospectus dan laporan tahunan. 
 
5) Telah dinyatakan di dalam prospectus bahawa pelabur digalakkan membayar sendiri zakat hasil daripada keuntungan pelaburan. 
 
6) Telah dinyatakan di dalam prospectus bahawa pelabur tidak digalakkan melakukan switching/pertukaran fund daripada Islamic kepada conventional. Dalam erti kata lain, pelabur Islam juga tidak digalakkan melabur di dalam conventional funds walaupun keuntungan lebih berlipat ganda (Saya sendiri pernah saja-saja monitor satu conventional fund, untung hingga 80% dalam 9 bulan saja. Gelap mata jer tengok, huhuhu. Tapi takpela, yang halal itu dituntut).
 
7) Menawarkan dua bentuk pulangan, dividend/income distribution dan capital gain. Umpamanya membeli rumah RM100,000, boleh menjual pada harga RM200,000. Berdasarkan prestasi tahun2 sebelumnya, purata keuntungan adalah sekitar 12% setahun (atau lebih) utk pelaburan jangkamasa panjang.
 
8) Terdapat pelaburan aggressive, moderate dan conservative. Ini bermaksud lebih aggressive, lebih tinggi risiko pelaburan. Namun, harus diingatkan risiko pelaburan yang dimaksudkan di sini bukan kerugian modal pelaburan, sebaliknya perubahan harga semasa (volatile). Pelabur harus menetapkan objektif pelaburan mereka dan menanti masa yang sesuai untuk exit.
 
9) Terdapat yuran dikenakan cthnya untuk dana ekuiti yuran pengurusan untuk melabur adalah 5.5% dan yuran tahunan adalah 1.5%. 

10) Anda boleh mengeluarkan duit bila-bila masa pada hari bekerja. Namun pembayaran akan dibuat kepada anda melalui debit akaun (Public atau Maybank) atau chek dalam masa 10 hari bekerja. 

11) Anda tetap akan mendapat full dividen tak kira anda masuk bila, even 2 minggu sebelum dividen keluar. Tiada pro-rate seperti ASB. 

Tujuan saya hanyalah untuk berkongsi ilmu pengetahuan. Saya tidak memutuskan mana yang lebih baik, mana yang lebih buruk...hak pelaburan tetap di tangan anda. Bagi saya, jika saya tidak mampu untuk masuk unit trust (permulaan RM1,000) dan tiada duit lebih sama ada cash atau EPF (sebab UT long term savings plan), saya akan kumpul dahulu duit di dalam pelaburan lain yang Islamik, contohnya Tabung Haji.

Ini kerana duit tersebut akan digunakan untuk makan dan minum, seterusnya menjadi darah daging kita. Semestinya kita mahukan pendapatan daripada sumber yang halal dan suci. Semoga kita sentiasa diberkati Allah dan mendapat keredhaanNya…..Amin.


Sumber : Zaza

1 comment:

CHEKSUE said...

mberikan inspirasi..terbaikk