25 July 2011

Salah Faham dengan UNIT TRUST

Salam sejahtera. Awang Selamat dalam ruangan bisik-bisik (Utusan Malaysia-2006) mendakwa menerima 100 bukti dari para pelabur yang rugi dalam pelaburan unit trust.

Awang Selamat bagaimana pun tidak menyatakan tempoh pegangan unit tust oleh pelabur tersebut. Tempoh pelaburan dalam unit trust sangat penting bagi menilai prestasi sesuatu dana unit trust. Menilai prestasi dana unit trust berdasarkan tempoh pegangan yang singkat tidak akan membantu pelabur membuat keputusan yang betul. Malah akan menimbulkan banyak impak yang negatif.

Saya tidak perlukan bukti untuk menyatakan seorang pelabur akan rugi sebaik sahaja melaburkan wang mereka dalam unit trust. Kenapa? Sebab skim pelaburan unit trust dirangka untuk manfaat kewangan jangka panjang. Jangan impikan jika anda melabur hari ini – esok, lusa, mingu depan, bulan depan, tahun depan 2 tahun lagi atau 3 tahun lagi anda akan boleh untung!!Lupakan saja!! Tetapi bukanlah mustahil!!!

Tidak juga bermakna, walau pun sudah lama melabur anda akan untung! tidak juga!! Meneliti semula prestasi beberapa unit trust dalam tempoh 10 atau 20 tahun lepas didapati unit trust sangat berpotensi untuk dikembangkan sebagai suatu pilihan kepada rakyat untuk menyimpan wang. 

Sebagai contoh, satu unit trust yang dilancarkan pada tahun 1992 sehingga kini telah memberikan pulangan sehingga 454.77% manakala satu lagi dana yang dilancarkan pada tahun 1997 telah memberikan pulangan 207.13% sehingga 29 Januari 2010.

Jadi di mana silapnya? Perlu diakui, bukan semua pelaburan dalam unit trust membuahkan untung. Ada yang rugi. Kerugian adalah risiko yang perlu diterima oleh pelabur apabila melabur. Bukan dalam unit trust sahaja. Dalam perniagaan pun begitu. Tetapi apa yang penting, apakah kita telah mengambil langkah-langkah yang perlu dengan menilai semula strategi pelaburan kita? Supaya pelaburan kita menepati objektifnya.

Melabur dalam unit trust memerlukan kesabaran, disiplin dan strategi yang betul. Pelaburan dalam unit trust memerlukan sekurang-kurangnya 3 tahun atau lebih bagi menyerap pergerakan harga pasaran sebelum mula menampakkan pertumbuhan modal. Tiada kompromi. 

Bagaimana pun terdapat pelabur-pelabur yang telah mula mendapat untung pada bulan ke 14. Apakah strateginya? Melabur secara tetap setiap bulan – sebagai satu cara meminimakan risiko.

Amat malang. Sementara kerajaan saban tahun melalui PNB, menganjurkan minggu amanah saham dalam usaha meningkatkan kesedaran rakyat betapa pentingnya menabung, kita dikejutkan oleh laporan yang tidak disertakan fakta-fakta. Laporan sebegini tidak banyak membantu mempromosi indusrti saham amanah di kalangan rakyat.

Pelaburan dalam unit trust ada peraturannya. Ada Suruhanjaya Sekuriti,Ada Pemegang Amanah yang menjaga kepentingan pelabur. Ada Penasihat Syariah, ada UMTC, ada FMUTM. Siapa yang ambil tahu?? Prospektus unit trust sudahkah habis dibaca, difahami sebelum melabur?? Tak perlu baca!! Biar perunding amanah terangkan?? Prestasi dana dalam tempoh 5 tahun lepas sudahkah diselidik?

Kita hidup di dunia ini, tiada yang percuma. Risiko ada di mana-mana. Memandu, risikonya kemalangan, kecederaan, kematian!! kenapa kita masih memandu? Merokok, risikonya membahayakan kesihatan!! kenapa masih merokok? kenapa kita masih melakukannya tetapi begitu takutkan risiko pelaburan? Ingin berniaga, ingin untung besar tetapi tidak mahu keluarkan modal!!

Seharusnya, kita bersama-sama kerajaan mendidik masyarakat dalam membudayakan amalan menabung, merancang keperluan kewangan pada masa hadapan.

Sekurang-kurangnya, dengan usaha-usaha yang berterusan akan mencetuskan kesedaran: untuk menabung bagi tujuan bayaran yuran sekolah anak-anak tahun hadapan.

Supaya tiada lagi yang mempertikaikan kenaikan yuran sekolah sebanyak RM100 setahun tetapi dengan senyum simpul membayar bil Astro RM 105.95 sebulan.

Sumber : Jomlabur. com

Read more...

Strategi dan Konsep Melabur

Pemurataan Kos Ringgit /Ringgit Cost Averaging(RCA)

Apa itu RCA?

“Pemurataan kos ringgit” merupakan satu teknik yang diamalkan dengan meluas dalam industri amanah saham. Ia melibatkan pelaburan amaun yang tetap untuk tempoh yang khusus seperti bulanan, suku tahunan, atau tahunan tanpa mengambil kira bagaimana pasaran saham bergerak.

Bagaimana melaksanakan RCA?

Melalui pelaburan satu jumlah tetap pada waktu tempoh yang tetap tanpa menghiraukan harga unit ketika itu. Ia boleh dilakukakn samada secara bulanan (Direct Debit Instruction) atau suku tahunan (pengeluaran KWSP). Sebagai contoh, pelabur memilih untuk membuat pemotongan gaji terus melaui Direct Debit Instruction sebanyak RM200 ke dalam akaun dana unit amanah. Bagi pelabur wang simpanan KWSP pula, pelabur memilih untuk membuat pelaburan setiap suku tahunan (3 bulan) mengikut jumlah yang layak seperti RM1,000 atau RM5,000.

Jumlah dan kekerapan pelaburan bergantung kepada kemampuan kewangan dan matlamat kewangan masa depan anda.

Bagaimana RCA berfungsi?

Apabila harga dana lebih tinggi, pelaburan tambahan akan membeli bilangan unit yang lebih kecil tetapi apabila harga lebih rendah, jumlah wang yang sama membolehkan anda membeli lebih banyak unit. Apa yang tersirat daripada pendekatan ini adalah, pada sesuatu masa, pasaran akan pulih kerana ia bergerak mengikut kitaran dan pada ketika inilah keuntungan boleh diambil.

Andaikan anda ingim menyimpan RM12,000 setiap tahun untuk tabung pendidikan anak anda. Selain melaburkannya sekaligus dan menanggung risiko memasuki pasaran tinggi, anda memilih untuk melabur RM1,000 setiap bulan dalam unit amanah seperti dalam jadual di bawah:

Bulan  Jumlah Pelaburan (RM)   Harga seunit (RM)    Jumlah unit-unit dibeli
Jan            1,000                          0.2256                      4432.624113
Feb            1,000                          0.2156                      4638.218924
Mac           1,000                          0.2226                      4492.362983
Apr            1,000                          0.2011                      4972.650423
Mei            1,000                          0.1981                      5047.955578
Jun            1,000                          0.1899                      5265.929437
Julai          1,000                          0.1755                      5698.005698
Aug           1,000                          0.1656                      6038.647343
Sept          1,000                          0.1587                      6301.197227
Oct           1,000                          0.1666                      6002.40096
Nov          1,000                          0.1769                      5652.911249
Dec           1,000                          0.2168                      4612.546125

Jumlah    12,000                                                         63,155.45

Keputusan                      RM

Purata harga seunit         0.1928
Purata Kos seunit            0.1900
Nilai harga terkini            0.2168
Nilai pelaburan terkini      13,692.10

Dalam contoh di atas, purata harga seunit sepanjang tempoh adalah RM0.1928 tetapi purata kos seunit anda adalah RM0.1900, iaitu 1% kurang dari harga seunit di sepanjang tempoh.

Jumlah unit yang diperolehi dengan jumlah pelaburan RM 12,000 secara RCA adalah sebanyak 63115.45 berbanding dengan jumlah pelaburan secara ‘lump sum’ sebanyak RM 12,000 adalah sebanyak 53191.49 unit yang dibeli dengan harga RM 0.2256/unit pada bulan Januari. Ini baru pelaburan untuk setahun.

Sudahkah anda melaksanakan RCA? 

Hubungi saya sekarang untuk membuat pelaburan Unit Trust anda! Ini adalah masa yang terbaik untuk memulakan langkah mengubah masa depan kewangan anda.



Read more...

19 July 2011

Berapa Peratus Caj Perkhidmatan?

Assalamualaikum bakal pelabur,

Apa itu caj perkhidmatan? Caj perkhidmatan adalah bayaran atau yuran yang akan dikenakan oleh Public Mutual kepada setiap pelabur. 
Ia diibaratkan kalau kita makan fast food kita pun akan dikenakan servis caj/servis perkhidmatan. Contohnya di Pizza Hut, servis perkhidmatan dikenakan untuk layanan yang diberikan kepada kita. Betul tak?

Sama juga, selepas kita melabur, kita akan dikenakan caj perkhidmatan. Untuk pengetahuan bakal pelabur, pelaburan anda diuruskan oleh pengurus dana yang diupah oleh Public Mutual untuk menguruskan pelaburan anda. Jadi caj tersebut diagihkan kepada mereka. 
Berapa yang dikenakan?

Pelaburan secara :

   i) Tunai : 5.5%
  ii) KWSP : 3%
Contohnya, seorang pelabur melabur kepada saya dengan RM 10,000 

Pengiraannya adalah seperti berikut : 

         RM 100,000 bahagi ( 1+ 0.05) =RM 95,238.10

Sekiranya pada waktu tersebut harga seunit RM 0.50 ,jadi jumlah unit anda adalah

         RM 95,238.10 bahagi RM 0.50 = 190476.19 unit

Jumlah unit anda di Public Mutual adalah 190476.19 unit

Jadi, apa tunggu lagi..


Hubungi saya,
Azlina (010-7602848)

Read more...

Satu Contoh Pelabur

Assalamualaikum bakal pelabur,

Contoh ni dikeluarkan oleh Public Mutual sendiri.

Contohnya seorang pelabur yang melabur tunai sebanyak RM 100,000,000

        Pada tahun 2006 - Pelabur tersebut melabur RM100,000,000 
        Pada tahun 2011-  Pelbur tersebut menyemak jumlah pelaburannya         
                                  menjadi RM 158,000,000


Sebenarnya ade jadual sendiri, tetapi kalau anda nak tengok sendiri, boleh hubungi saya ( 010-7602848). Nanti saya datang untuk menerangkan dengan lebih lanjut.


Contoh yang kedua pelabur melabur melalui KWSP dengan permulaan RM100,000,000 juga.


         Pada tahun 2001 - Pelabur melabur di Public Mutual sebanyak RM   
                                   100,000,000
         Pada tahun  2011- Pelabur tersebut menyemak, Jumlah pelaburannya 
                                   adalah RM 313,000,000.


Best kan??? Dengan jumlah yang  banyak ni, bleh tak anda semua boleh menjalankan satu bisnes baru.


Target saya pulak selepas 7 tahun ini, saya nak buat satu Pusat Tuisyen! Sebab saya masih nak teruskan profesional saya sebagai PENSYARAH.. 


Anda pula bagaimana?


Hubungi saya 
Azlina ( 010-7602848)
Read more...

Apakah Perbezaan Unit Trust @ Amanah Saham dengan Pelaburan Saham?

Assalamualaikum bakal pelabur,

Lin ingin berkongsi tentang istilah yang digunakan oleh mentor saya tentang perbezaan Unit Trust @ Amanah Saham dengan Pelaburan Saham?


UNIT TRUST @ AMANAH SAHAM diibaratkan sebagai kita naik kapal terbang yang dipandu oleh juru terbang yang sangat profesional dan dilayan oleh pramugari yang tak berapa nak comel seperti saya.. 

PELABURAN SAHAM pula,diibaratkan kita naik kapal terbang dan kita pandu sendiri

Jadi, Fikirlah sendiri yang mana satu pelaburan yang anda inginkan

Read more...

Cara Pengiraan Unit & Keuntungan dalam Unit Trust Public Mutual

Assalamualaikum bakal pelabur, 

Lin ingin berkongsi bagaimana pengiraan unit dan keuntungan dalam Unit Trust Public Mutual. Lin ambil artikel dan slide ini daripada mentor lin..iaitu Fadzilah Mamat. Alhamdulillah dia izinkan.

Sebenarnya ramai yang tertanya- tanya dan masih keliru mengenai cara pengiraan unit dan keuntungan dalam pelaburan mereka sendiri. Sebenarnya, sekiranya anda melabur dengan saya, saya akan sentiasa update tentang pelaburan anda. InsyaAllah segala sebarang masalah, saya sebagai agent akan membantu.

Ok, sekarang anda boleh lihat sendiri cara pengiraan tersebut berdasarkan slide mentor saya.. klik sini 
Read more...

16 July 2011

Apa Perbezaan Pelaburan ASB dan Unit Trust?

Kebanyakan orang melayu (Bumiputera)  telah diajar sejak dari kecil lagi untuk menyimpan didalam ASB.Mungkin kerana kita berfikir ASB adalah selamat, tiada risiko dan memberikan keuntungan/pulangan sekitar 6%-7% setahun. 

Tapi kita tidak tahu, dimana wang simpanan ASB dilaburkan.Sehingga kini, tidak ada seorang pun yang berani mengatakan bahawa ASB adalah 100% halal.Majlis fatwa mengatakan bahawa ASB adalah HARUS.

Saya bukanlah orang yang arif tentang halal dan haram,tetapi sekedar berkongsi apa yang saya tau.Dibawah ini adalah perbezaan antara ASB dan Public Mutual Islamic Fund yang dapat saya kongsikan.

ASB

1. ASB adalah amanah saham yang diuruskan oleh kerajaan khas untuk BUMIPUTERA sahaja.

2.ASB masih dikategorikan sebagai tidak patuh syariah oleh Suruhanjaya Sekuriti.Sila klik di sini. Yang bertanda * adalah Islamic Fund.

3.ASB menawarkan satu bentuk pulangan saja,iaitu dividen. Berdasarkan pulangan yang lepas,ASB memberikan pulangan 6%-7% setahun.

4.Tiada yuran pengurusan atau yuran tahunan.

5.Harga untuk jual dan beli adalah sama.RM1.00 seunit.Kalau labur RM10,000,ASB jamin dapat semula modal RM10,000.Jaminan pelaburan modal tidak akan lupus adalah tidak sah menurut ulama 4 mazhab.(sumber :Ustaz Zaharuddin)

6.Anda boleh mengeluarkan duit pada bila2 masa waktu bekerja.Dan terus dapat duit on the spot.

7.Suruhanjaya Sekuriti telah menyatakan bahawa ASB adalah tidak patuh syariah.Boleh  Klik disini untuk rujukan anda.

Unit Trust Islamic Fund
1.Unit Trust di urus oleh badan swasta dan terbuka kepada semua.Ada dua pilihan pelaburan.1)Pelaburan Syariah.  2)Pelaburan Konvensional.

2.Unit Trust Islamic Fund adalah patuh Syariah.Dan telah dinyatakan dengan terang dan jelas di dalam prospektus dan laporan Suruhanjaya Sekuriti.Public Mutual mempunyai panel penasihat syariah seperti yang dinyatakan di dalam prospektus.(ZI Syariah).

3.Memberikan 2 bentuk pulangan.1) Dividen. 2)Pertambahan Unit.Sebagai contoh, anda membeli rumah pada harga RM150’000, 5 tahun kemudian anda boleh menjualnya dengan harga RM300’000.

4.Setiap pelaburan dikenakan servis charge 5.5%.Yuran tahunan 1.5%.

5.Boleh mengeluarkan duit pada bila2 masa,tetapi pembayaran akan dibuat melalui debit akaun atau pun cek dalam masa 10 hari bekerja.

6.Harga jual dan beli sentiasa berubah- ubah.Dan tiada jaminan modal pelaburan.Ini bermakna memberi peluang kepada pelabur untuk membeli pada harga rendah dan menjual pada harga tinggi.

7.Terdapat beberapa jenis pelaburan yang boleh di sesuaikan denagan profile risiko pelabur. Seperti Dana Aggresive, Imbang dan Konservatif.

Tujuan saya menulis ini adalah untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya tau,bukan untuk menilai mana yang baik dan mana buruk.Tetapi sebagai seorang muslim, adalah lebih baik memilih yang sudah pasti halal.Namun begitu…anda berhak memilih yang mana baik bagi anda.Yang baik datangnya dari ALLAH, yang buruk datangnya dari saya sendiri. Saya adalah manusia biasa yang penuh dengan kekurangan.


Read more...