15 August 2011

Kebaikan melabur melalui Agent/ Consultant

Assalamualaikum bakal-bakal pelabur dan pelabur,


Ada yang masih lagi ragu-ragu dalam membuat keputusan untuk melabur? Kenapa mesti ragu-ragu? Sedangkan ia memang terbukti ia amat berbaloi untuk pelaburan jangka masa panjang..


Kenapa kadang-kadang kita lihat ada orang yang melabur tetapi menanggung kerugian? Mesti ada sebab musabab jek bukan??


Contohnya, dalam pelaburan Unit Trust Public Mutual ini, kita mempunyai pelbagai pilihan dana.. Cuma kita yang membuat keputusan untuk memilih dana mana yang lebih bagus bukan?


Jadi, siapa yang sesuai untuk memilih dana tersebut? Orang yang paling sesuai adalah agent Public Bank.


Sebabnya :


 1) Mereka lebih mahir
 2) Mereka  mempunyai masa yang banyak untuk memantau setiap pelaburan pelangan-pelangan mereka.
3) Mereka terdiri daripada golongan-golongan yang serba boleh.




Contohnya, semalam saya berjumpa dengan seorang Pensyarah UTM Fakulti Pendidikan. Beliau merupakan salah seorang pensyarah saya satu ketika dahulu. Beliau pernah melabur, dan selama 3 tahun , beliau mengalami kerugian. 


Beliau telah meminta nasihat saya mengenai pelaburanya, dan saya mendapati Beliau telah menggunakan dana yang tidak menguntungkan ketika ini.


Jadi, saya memberikan nasihat supaya beliau cepat membuat pertukaran dana, Tetapi pelaburannya msih lgi bawah agent lama beliau.


Akhirnya beliau sangat gembira dengan pertukaran dana yang lebih menguntungkan. Tak sabar rasanya untuk melihat keuntungan yang bakal beliau perolehi kelak..


Moral of the story : Anda hendaklah memilih agent yang betul-betul serius dalam bidang ini. Bukannya agent yang semata-mata baik semasa permulaan peringkat pelaburan.


Kenapa perlu pilih saya?? Sebab yang penting, saya sentiasa follow up pelanggan saya. InsyaAllah.


Yang ingin membantu, 
Azlina ( 010- 7602848)
Read more...

5 August 2011

Unit Trust Seperti Menabung? Macam mana?

 Salam bakal pelabur dan pelabur,


Entri kali ini, untuk menerangkan bagaimana yang dikatakan pelaburan Unit Trust seperti menabung tetapi ia lebih menguntungkan?

Semua org ada cash kan, tapi di mana anda simpan dan utk apa savings tersebut? Long term atau short term? If long term, siapa yg berdisiplin menabung dan tak usik savings tersebut sila angkat tgn…hehe. 

Berapa pulangan atau dividen tahunan savings anda tersebut? Siapa yg buat simpanan utk education anak2, holiday, pergi haji, beli/renovate rumah, kawin, medical expenses, retirement, beli keta dan sebagainya? Berapa tahun anda perlukan untuk mengumpul duit tersebut? Atau anda lebih suka short-cut which is buat loan? :P. Jangannnn….instead of bekerja keras utk bayar hutang, mari kita menyimpan duit utk tidak bayar hutang kan? (^_^). Hati pun tenang…..


Jumlah minimum permulaan utk buat investment cash dalam unit trust adalah RM1,000. Sy percaya even budak kecik zaman skrg pun dah ada simpanan byk ni, dh boleh kumpul time raya kan? Hehe. Apa lagi org dewasa yg dh bekerja :D. 

Jumlah minimum utk menambahkan pelaburan secara bulanan pula atau mengikut suka hati (every 3 mths ker, time market rendah jer ker) adalah RM100 sahaja! Potongan bulanan boleh dibuat secara automatic melalui bank simpanan Maybank atau Public Bank terus ke Public Mutual. Minimum RM100 ni pun sy percaya kita boleh simpan setiap bulan, sehari kena kumpul dlm RM3.30 jer kan? 

Duit RM100 ni kalau ada dlm tgn and kita kat shopping complex, dalam masa sejam jer dh boleh habis, betol tak? (^_~). Sy sendiri dulu boleh habis duit byk ni bila masuk Watsons ajer :P. Btw, sekiranya membuat pelaburan bulanan ni dan anda tidak mempunyai duit pada bulan tersebut, Public Mutual tidak akan potong 2x pada bulan berikutnya. Potongan hanya dibuat sekiranya ada duit di dalam bank tersebut dan sekiranya tiada tidak menjejaskan pelaburan sedia ada. Tidak seperti insurans.

Kenapa bagus menabung cash dalam unit trust? Selain kerana pelaburan yang Islamik, sila rujuk kepada sy personally dan sy boleh tunjukkan bagaimana jika anda buat long term investment di dalam dana2 tertentu, anda berpotensi mendapat pulangan 8-12% setahun berdasarkan prestasi tahun2 lalu. Atau anda sendiri boleh merujuk Quarterly Fund Review Report di dalam website Public Mutual. 

Apa yang penting adalah anda harus disiplin dan sabar utk exit pelaburan bila-bila masa sahaja sekiranya pelaburan telah mencapai objektif, cthnya apabila average keuntungan at least 12% setahun.  Siapa yang akan alert anda? Of course la consultant! :).

Jadual di bawah menunjukkan berapakah jumlah simpanan anda sepanjang tempoh melabur sekiranya anda menyimpan RM100 setiap bulan dan sekiranya pelaburan anda memberi pulangan 3%, 6%, 8% atau 12% setahun. Yang mana satu pilihan hati? Tepuk dada tanya selera :). Semakin lambat anda menunda untuk menyimpan, anda akan kerugian compounding interest berbanding mereka yg telah bermula hari ini. Mengapa? Saya akan terangkan dalam post akan datang......



Sumber: Zazu

Read more...

Bagaimanakah Mendapat Keuntungan dari Unit Trust?

Ini soalan lazim, “Cik Consultant, macam mana mau untung? Bila boleh untung? Berapa boleh untung?”. Hehehe. Saya cuma boleh menjawab soalan pertama.  Soalan ke-2 dan ke-3 kalau saya ada jawapan saya dah kaya raya! Mesti Warren Buffet (one of the most successful investors in the world) dah merayu-rayu saya jadi consultant dia. Soalan ke-2 dan ke-3 bergantung kepada prestasi dana, pasaran semasa dan ekonomi. Untuk soalan pertama, ada tiga cara memperolehi keuntungan melalui pelaburan unit trust.

1)  Income distribution/Dividend
Pelabur akan memperolehi keuntungan melalui distribution yang diberikan (bergantung pada fund). Perlu dingatkan, policy distribution dipengaruhi oleh market performance. Ada consultant yang suka2 cakap confirm dapat distribution setiap tahun (selalunya setiap tahun), tapi terjadi juga di mana fund terbabit tiba-tiba tak declared dividend, tapi focus kepada capital growth which will benefit the investors in the long run (3 years and above).

Contoh pengiraan: 
Katakanlah Investor A melabur sebanyak RM10,000 di dalam fund Public XXX pada 1 Jan 2009. Harga seunit NAV time tu pula RM0.600/unit.

Service charge                    = RM5.5% x RM10,000 = RM550
Total investment                = RM10,000 – RM550 = RM9,450
Jadi total unit anda            = RM9,450 / RM0.600 seunit = 15,750 unit

Katakanlah Public XXX declared net distribution pada 10 April 2009 pada 8 sen seunit. Oleh itu keuntungan diperolehi:

After net distribution             = RM0.08 seunit x 15,750 unit = RM1,260

Sekiranya RM1,260 ini tidak direedem, automatically ia akan dilaburkan semula (reinvest distribution) dalam bentuk unit mengikut harga NAV berikutnya. Contohnya harga NAV ialah RM0.500 seunit;
Unit dilaburkan semula  = RM1,260/0.500 = 2,520 unit
Jadi total unit baru          = 15,750 + 2,520 = 18,270 unit (jadi unit anda sudah bertambah!)


Kemudian, sekiranya market naik semula pada Jun 2009 pada harga RM0.620/unit dan pelabur decide untuk jual: 


Jumlah jual                = RM0.620 x 18,270 unit = RM11,327.40
Oleh itu keuntungan = RM11,327.40-RM10,000 = RM1,327.40 = 13.2%.

2)  Capital Gain/Beli Harga Rendah Jual Harga Tinggi
Part ni paling best di mana investor mendapat keuntungan melalui capital gain – membeli pada harga yang rendah tetapi menjual pada harga yang tinggi.

Contoh pengiraan: 
Katakanlah Investor B melabur sebanyak RM10,000 di dalam fund Public Ittikal pada 7 December 2008, time tu market dah down. Harga seunit NAV time tu pula RM0.400/unit.

Service charge                    = RM5.5% x RM10,000 = RM550
Total investment                = RM10,000 – RM550 = RM9,450
Jadi total unit anda            = RM9,450 / RM0.400 seunit = 23,625 unit

Katakanlah sebelum mendapat dividend pada bulan April, market dah naik dan harga seunit NAV pada 20 March 2009 adalah RM0.600/unit. Oleh itu keuntungan diperolehi:
Keuntungan                     = RM0.600 x 23,625 unit = RM14,175
                                          = RM14,175 – RM10,000 = RM4,175 (Untung 42%)

3)  Unit Split
Anda akan mendapat pertambahan unit secara percuma sekiranya fund tersebut declared unit split kepada pelaburnya. Contohnya percuma pertambahan 2 unit bagi setiap satu unit yang sedia ada. Sekiranya unit yang sedia ada adalah 10,000 unit, anda akan mendapat total unit 30,000. Apabila didarab dengan harga semasa NAV, possibility untuk medapat keuntungan adalah tinggi especially bila harga tinggi.

Tips: Apa itu harga seunit NAV? Macam mana nak monitor dan tau? Anda boleh check di sini. Harga akan berubah setiap hari bekerja. So anda boleh monitor keuntungan anda dengan mengetahui harga beli, total unit anda dan harga nak jual. Mudah ajer….
Read more...

Perbezaan Unit Trust dengan ASB

Rata-rata Bumiputera atau org Melayu kita melabur di dalam Amanah Saham Bumiputera atau ASB. Adakah anda tahu terdapat pelaburan lain yang bukan sahaja Islamik, malah lebih berpotensi memberikan keuntungan? Pelaburan yang saya maksudkan adalah unit trust yang ditawarkan oleh pihak swasta seperti Public Mutual, No.1 Unit Trust Company in Malaysia. Mari kita bincangkan secara sihat dan buat perbandingan. Berikut adalah perbezaan di antara ASB dan unit trust Islamic funds yang dapat saya senaraikan.

ASB: 
 
1) ASB adalah unit amanah diuruskan oleh badan kerajaan, hanya untuk Bumiputera sahaja. 
 
2) Harga seunit untuk jual dan beli telah ditetapkan pada RM1.00 seunit, setiap masa. Bermaksud, kalau invest RM10,000, PNB tetap menjamin dapat semula RM10,000. Jaminan pelaburan modal tidak akan lupus adalah tidak sah menurut seluruh ulama empat mazhab. Islam menghalalkan jaminan modal daripada pihak ketiga, bukan pihak pengurus dana. (sumber: Ustaz Zaharuddin
 
3) Sehingga 30 September 2010, ASB masih dikategorikan sebagai tidak mematuhi syariah (non-islamic compliant) oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Sila lihat laporan ini. Untuk islamic compliant fund ada tanda (*). Tetapi ASB dan ASN tiada. 
 
4) Menghadapi risiko pelaburan bercampur-aduk ke tempat yang halal dan haram. Sebahagian daripada pelaburan dilaburkan ke dalam bank-bank konvensional dan British American Tobacco yang jelas tidak mematuhi syariah. (Sumber: Laporan kewangan ASB 2009 dan Ustaz Zaharuddin
 
5) Fatwa telah memutuskan ASB adalah HARUS, tetapi tiada siapa yang berani mengatakan secara terang-terangan ASB adalah HALAL. 
 
6) ASB hanya menawarkan satu bentuk pulangan sahaja iaitu dividen atau income distribution. Berdasarkan prestasi sebelum ini, dividend adalah sekitar 6-8%. Tiada pulangan dalam bentuk capital gain. Maksudnya seperti kalau beli rumah RM100,000, kita tetap jual semula RM100,000. 

7) Oleh kerana objektif ASB hanyalah untuk melindungi modal yang dilaburkan, pelaburan adalah jenis pasif, tidak dikategorikan sebagai aggresive or moderate. 

8) Tiada yuran pengurusan atau yuran tahunan dikenakan.
 
9) Anda boleh mengeluarkan duit bila-bila masa waktu bekerja dan mendapat duit on the spot. 
 
10) Terdapat seorg pelabur bertanyakan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sama ada ASB mematuhi syariah atau tidak, jawapannya adalah seperti di bawah (sumber: Ustaz Zaharuddin
 
 
11) Sekiranya anda ingin mendapatkan full dividen, anda mesti melabur awal tahun dan genap setahun. Jika tidak jumlah dividen yang akan diberikan akan pro-rate. 


Public Mutual Islamic Funds: 
 
1) Unit trust Public Mutual diuruskan oleh badan swasta, terbuka kepada semua. Pelaburan terbahagi kepada dua, berlandaskan syariah (Islamic funds) dan tidak berlandaskan syariah (conventional funds). Pelabur bebas memilih dana/fund yang dikehendaki. 
 
2) Harga seunit untuk jual beli sentiasa berubah-ubah (volatile) dan tiada jaminan capital pelaburan yakni berlandaskan empat mazhab Islam. Harga yang berubah-ubah juga memberi kelebihan di mana pelabur mendapat lebih keuntungan apabila membeli pada harga rendah, menjual pada harga tinggi (capital gain). Apabila membeli pada harga yang rendah pelabur mendapat lebih banyak bilangan unit. 
 
3) Telah dinyatakan dengan terang dan jelas Public Mutual Islamic Funds menepati syariah di dalam prospectus dan laporan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. 
 
4) Mempunyai ahli panel dan lembaga syariah seperi yang dinyatakan di dalam prospectus dan laporan tahunan. 
 
5) Telah dinyatakan di dalam prospectus bahawa pelabur digalakkan membayar sendiri zakat hasil daripada keuntungan pelaburan. 
 
6) Telah dinyatakan di dalam prospectus bahawa pelabur tidak digalakkan melakukan switching/pertukaran fund daripada Islamic kepada conventional. Dalam erti kata lain, pelabur Islam juga tidak digalakkan melabur di dalam conventional funds walaupun keuntungan lebih berlipat ganda (Saya sendiri pernah saja-saja monitor satu conventional fund, untung hingga 80% dalam 9 bulan saja. Gelap mata jer tengok, huhuhu. Tapi takpela, yang halal itu dituntut).
 
7) Menawarkan dua bentuk pulangan, dividend/income distribution dan capital gain. Umpamanya membeli rumah RM100,000, boleh menjual pada harga RM200,000. Berdasarkan prestasi tahun2 sebelumnya, purata keuntungan adalah sekitar 12% setahun (atau lebih) utk pelaburan jangkamasa panjang.
 
8) Terdapat pelaburan aggressive, moderate dan conservative. Ini bermaksud lebih aggressive, lebih tinggi risiko pelaburan. Namun, harus diingatkan risiko pelaburan yang dimaksudkan di sini bukan kerugian modal pelaburan, sebaliknya perubahan harga semasa (volatile). Pelabur harus menetapkan objektif pelaburan mereka dan menanti masa yang sesuai untuk exit.
 
9) Terdapat yuran dikenakan cthnya untuk dana ekuiti yuran pengurusan untuk melabur adalah 5.5% dan yuran tahunan adalah 1.5%. 

10) Anda boleh mengeluarkan duit bila-bila masa pada hari bekerja. Namun pembayaran akan dibuat kepada anda melalui debit akaun (Public atau Maybank) atau chek dalam masa 10 hari bekerja. 

11) Anda tetap akan mendapat full dividen tak kira anda masuk bila, even 2 minggu sebelum dividen keluar. Tiada pro-rate seperti ASB. 

Tujuan saya hanyalah untuk berkongsi ilmu pengetahuan. Saya tidak memutuskan mana yang lebih baik, mana yang lebih buruk...hak pelaburan tetap di tangan anda. Bagi saya, jika saya tidak mampu untuk masuk unit trust (permulaan RM1,000) dan tiada duit lebih sama ada cash atau EPF (sebab UT long term savings plan), saya akan kumpul dahulu duit di dalam pelaburan lain yang Islamik, contohnya Tabung Haji.

Ini kerana duit tersebut akan digunakan untuk makan dan minum, seterusnya menjadi darah daging kita. Semestinya kita mahukan pendapatan daripada sumber yang halal dan suci. Semoga kita sentiasa diberkati Allah dan mendapat keredhaanNya…..Amin.


Sumber : Zaza
Read more...