30 June 2011

Kenapa Takut Nak Melabur di Public Mutual? Kenapa Tak takut Melabur di ASB?

Assalamualaikum pembaca, pelabur dan UTC,

Macam ni.. kalau nak tengok kat mana duit EPF dilaburkan.. boleh rujuk kat sini..

Kalau nak tengok kat mana duit ASB dilabur...kan.. boleh rujuk kat sini pulak..

http://www.asnb.com.my/ASN&ASB%202010.pdf (ms 7)

Kesimpulannya?
KWSP dan EPF pun melabur di kaunter2 saham di Malaysia jugak. Dan kebanyakan kaunter yang dilaburkan adalah sama dengan kaunter yang dilaburkan oleh dana-dana Public Mutual.

 Jadi...
Kenapa nak takut bila melabur di Public Mutual? Kenapa tak takut bila melabur di ASB @ KWSP?

Kenapa kalau nak melabur di Public Mutual risau tentang keadaan ekonomi? Kenapa kalau melabur di ASB @ KWSP tak risau dengan keadaan ekonomi?

 Malah.. pulangan di Public Mutual dah terbukti jauhhhhhhhhhh lebih baik dan pengurus dana Public Mutual selalu dapat anugerah pengurus dana terbaik.

 Kesimpulannya? Kalau rasa pelaburan Public Mutual berisiko, jadi pelaburan di ASB @ KWSP pun berisiko jugaklah kan. Jadi, jangannnnnnnnnnnlah takut nak melabur di Public Mutual.
Betul tak?

Trivia :
Pulangan ASB dari mula2 dilancarkan sampai sekarang : 215%

Pulangan dana PSF dalam tempoh yang sama : 660%




Read more...

Pelaburan?? Takut la saya! Bahaya kan??

Assalamualaikum pembaca, pelabur dan UTC,

Saya Lin nak bercerita sedikit mengenai pengalaman apabila Lin mendekati orang-orang disekeliling Lin mengenai Pelaburan Unit Trust Public Mutual ini.
Ya! lin tidak dapat nafikan bahawa ramai orang yang akan takut dan gerun atau tidak percaya kalau dengar pasal PELABURAN. 


Waktu dahulu pun, Lin memang teliti sangat pasal pelaburan ini, tapi setelah membuat kajian dan belajar sedikit demi sedikit akhirnya Lin faham bahawa Pelaburan Unit Trust Public Mutual adalah stabil dan seimbang. Kenapa?
Pelaburan Unit Trust Public Mutual merupakan satu pelaburan kepada pelbagai jenis sektor seperti kilang, minyak dan sebagainya.


Sekiranya pada tahun tersebut berlaku penurunan di sektor perkilangan tetapi sektor minyak meningkat pada waktu itu, jadi secara tidak langsung pelaburan anda akan menjadi stabil kerana ia nya tidak terjejas dengan penurunan tersebut. Pelaburan anda selamat bukan?


Selain itu, Pelaburan Unit trust Public Mutual juga turut memberikan pulangan yang tinggi sekitar 10% -18% setahun. Lebih tinggi daripada ASB kan? Lin tak nafikan bahawa ASB Loan juga turut bagus tetapi pilihlah yang mana kah yang memberikan pulangan yang tinggi. kalau anda nak tahu dengan lebih lanjut mengenai perbandingan ASB dengan Unit Trust Public Mutual , saya akan tunjukkan kemudian.. :)


Pelaburan Unit Trust Public Mutual juga turut selamat kerana kita mempunyai pemegang amanah (trustee) yang pakar dalam bidang mereka sendiri.

Pelaburan Unit Trust Public Mutual tidak memerlukan modal yang besar iaitu dengan modal RM1000. Mungkin ada yang mengatakan RM1000 adalah nilai yang besar. Anda sendiri yang membuat pilihan nak bawa ke mana modal RM1000 tersebut di masa akan datang ( 3-5 tahun lagi) .


Selain itu juga, kalau anda rasa 3-5 tahun tersebut adalah tempoh masa yang lama dan tidak berfaedah. Cuba anda bayangkan sekiranya umur anda sekarang 26 tahun, dan dalam masa 5 tahun umur anda adalah 31 tahun , dan waktu itu, kamu berkeinginan ingin memiliki sebuah rumah, jadi kamu boleh menggunakan hasil pelaburan Unit Trust Public Mutual anda sendiri.


Sekiranya dalam 10 tahun, anda telah memiliki anak yang ingin melanjutkan pelajaran, kamu turut layak menggunakan duit tersebut.

Jadi fikirkanlah..

Read more...

29 June 2011

Unit Trust ( TUNAI )

Assalamualaikum pembaca, pelabur dan UTC,

Unit Trust ini merupakan satu pelaburan bagi seseorang pelabur yang berkeinginan untuk mengaut keuntungan yang lumayan dalam jangka masa yang panjang. 
Ok, dengan lebih jelas dan ringkas,

Pelaburan ini boleh dijalankan dengan 2 kaedah :

  1. Tunai ( Wang simpanan pelabur itu sendiri )
  2. EPF/ KWSP ( Ditolak mengikut umur pelabur masing-masing)

Untuk entri ini, saya akan menfokuskan mengenai penerangan TUNAI sahaja.
 
Jika anda memilih secara Tunai iaitu wang simpanan anda sendiri, anda dikehendaki melabur minimumnya RM1000 sahaja. Bagaimana caranya??

 Caranya :

  1. Hubungi saya di talian 010-7602848
  2. Saya akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai UNIT TRUST ini.
  3. Saya akan membantu anda mengisi borang 
  4. Anda yang membuat keputusan untuk melabur berapa yang dirasakan mampu.
  5. Seterusnya, duit tersebut anda hanya perlu bawa ke PUBLIC BANK beserta dengan borang yang telah lengkap saya isikan.
  6. Anda akan menerima resit.
  7. Anda hanya perlu tunggu 2-3 tahun.
  8. Anda akan nampak pembiakan duit anda sendiri.
  9. Saya akan sentiasa pemberitahu perkembangan duit anda itu.
Mudah kan?? 
Cepat hubungi saya.



Read more...