30 June 2011

Pelaburan?? Takut la saya! Bahaya kan??

Assalamualaikum pembaca, pelabur dan UTC,

Saya Lin nak bercerita sedikit mengenai pengalaman apabila Lin mendekati orang-orang disekeliling Lin mengenai Pelaburan Unit Trust Public Mutual ini.
Ya! lin tidak dapat nafikan bahawa ramai orang yang akan takut dan gerun atau tidak percaya kalau dengar pasal PELABURAN. 


Waktu dahulu pun, Lin memang teliti sangat pasal pelaburan ini, tapi setelah membuat kajian dan belajar sedikit demi sedikit akhirnya Lin faham bahawa Pelaburan Unit Trust Public Mutual adalah stabil dan seimbang. Kenapa?
Pelaburan Unit Trust Public Mutual merupakan satu pelaburan kepada pelbagai jenis sektor seperti kilang, minyak dan sebagainya.


Sekiranya pada tahun tersebut berlaku penurunan di sektor perkilangan tetapi sektor minyak meningkat pada waktu itu, jadi secara tidak langsung pelaburan anda akan menjadi stabil kerana ia nya tidak terjejas dengan penurunan tersebut. Pelaburan anda selamat bukan?


Selain itu, Pelaburan Unit trust Public Mutual juga turut memberikan pulangan yang tinggi sekitar 10% -18% setahun. Lebih tinggi daripada ASB kan? Lin tak nafikan bahawa ASB Loan juga turut bagus tetapi pilihlah yang mana kah yang memberikan pulangan yang tinggi. kalau anda nak tahu dengan lebih lanjut mengenai perbandingan ASB dengan Unit Trust Public Mutual , saya akan tunjukkan kemudian.. :)


Pelaburan Unit Trust Public Mutual juga turut selamat kerana kita mempunyai pemegang amanah (trustee) yang pakar dalam bidang mereka sendiri.

Pelaburan Unit Trust Public Mutual tidak memerlukan modal yang besar iaitu dengan modal RM1000. Mungkin ada yang mengatakan RM1000 adalah nilai yang besar. Anda sendiri yang membuat pilihan nak bawa ke mana modal RM1000 tersebut di masa akan datang ( 3-5 tahun lagi) .


Selain itu juga, kalau anda rasa 3-5 tahun tersebut adalah tempoh masa yang lama dan tidak berfaedah. Cuba anda bayangkan sekiranya umur anda sekarang 26 tahun, dan dalam masa 5 tahun umur anda adalah 31 tahun , dan waktu itu, kamu berkeinginan ingin memiliki sebuah rumah, jadi kamu boleh menggunakan hasil pelaburan Unit Trust Public Mutual anda sendiri.


Sekiranya dalam 10 tahun, anda telah memiliki anak yang ingin melanjutkan pelajaran, kamu turut layak menggunakan duit tersebut.

Jadi fikirkanlah..

No comments: