16 July 2011

Apa Perbezaan Pelaburan ASB dan Unit Trust?

Kebanyakan orang melayu (Bumiputera)  telah diajar sejak dari kecil lagi untuk menyimpan didalam ASB.Mungkin kerana kita berfikir ASB adalah selamat, tiada risiko dan memberikan keuntungan/pulangan sekitar 6%-7% setahun. 

Tapi kita tidak tahu, dimana wang simpanan ASB dilaburkan.Sehingga kini, tidak ada seorang pun yang berani mengatakan bahawa ASB adalah 100% halal.Majlis fatwa mengatakan bahawa ASB adalah HARUS.

Saya bukanlah orang yang arif tentang halal dan haram,tetapi sekedar berkongsi apa yang saya tau.Dibawah ini adalah perbezaan antara ASB dan Public Mutual Islamic Fund yang dapat saya kongsikan.

ASB

1. ASB adalah amanah saham yang diuruskan oleh kerajaan khas untuk BUMIPUTERA sahaja.

2.ASB masih dikategorikan sebagai tidak patuh syariah oleh Suruhanjaya Sekuriti.Sila klik di sini. Yang bertanda * adalah Islamic Fund.

3.ASB menawarkan satu bentuk pulangan saja,iaitu dividen. Berdasarkan pulangan yang lepas,ASB memberikan pulangan 6%-7% setahun.

4.Tiada yuran pengurusan atau yuran tahunan.

5.Harga untuk jual dan beli adalah sama.RM1.00 seunit.Kalau labur RM10,000,ASB jamin dapat semula modal RM10,000.Jaminan pelaburan modal tidak akan lupus adalah tidak sah menurut ulama 4 mazhab.(sumber :Ustaz Zaharuddin)

6.Anda boleh mengeluarkan duit pada bila2 masa waktu bekerja.Dan terus dapat duit on the spot.

7.Suruhanjaya Sekuriti telah menyatakan bahawa ASB adalah tidak patuh syariah.Boleh  Klik disini untuk rujukan anda.

Unit Trust Islamic Fund
1.Unit Trust di urus oleh badan swasta dan terbuka kepada semua.Ada dua pilihan pelaburan.1)Pelaburan Syariah.  2)Pelaburan Konvensional.

2.Unit Trust Islamic Fund adalah patuh Syariah.Dan telah dinyatakan dengan terang dan jelas di dalam prospektus dan laporan Suruhanjaya Sekuriti.Public Mutual mempunyai panel penasihat syariah seperti yang dinyatakan di dalam prospektus.(ZI Syariah).

3.Memberikan 2 bentuk pulangan.1) Dividen. 2)Pertambahan Unit.Sebagai contoh, anda membeli rumah pada harga RM150’000, 5 tahun kemudian anda boleh menjualnya dengan harga RM300’000.

4.Setiap pelaburan dikenakan servis charge 5.5%.Yuran tahunan 1.5%.

5.Boleh mengeluarkan duit pada bila2 masa,tetapi pembayaran akan dibuat melalui debit akaun atau pun cek dalam masa 10 hari bekerja.

6.Harga jual dan beli sentiasa berubah- ubah.Dan tiada jaminan modal pelaburan.Ini bermakna memberi peluang kepada pelabur untuk membeli pada harga rendah dan menjual pada harga tinggi.

7.Terdapat beberapa jenis pelaburan yang boleh di sesuaikan denagan profile risiko pelabur. Seperti Dana Aggresive, Imbang dan Konservatif.

Tujuan saya menulis ini adalah untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya tau,bukan untuk menilai mana yang baik dan mana buruk.Tetapi sebagai seorang muslim, adalah lebih baik memilih yang sudah pasti halal.Namun begitu…anda berhak memilih yang mana baik bagi anda.Yang baik datangnya dari ALLAH, yang buruk datangnya dari saya sendiri. Saya adalah manusia biasa yang penuh dengan kekurangan.

1 comment:

quirinusquade said...

Casino & Resort Near Wichita, KS | DRMCD
Get 파주 출장안마 Directions · Open: · Close Window · Rate 김제 출장샵 Policy: · Check-in 울산광역 출장마사지 Time: · Check-out Time: · Check-out Time: 여수 출장안마 · Check-out Time: · Check-out Time: · Check-out 제주 출장마사지